Friday, August 29, 2008
29 auGust 2008 - x raSe ape2 Pon....
Posted by Afeeq at 2:39 PM 0 comments
Thursday, August 28, 2008
27 auGust 2008 - KL banjir......
Posted by Afeeq at 3:38 PM 0 comments
Wednesday, August 27, 2008
24 auGust 2008 - Majlis Persandingan mY siSta
pandangan dari arah pintu masuk ....
time pengantin tiba dipekarangan dewan.... time bersanding ....
Posted by Afeeq at 3:09 PM 0 comments
23 auGust 2008 - mA siStA niKah tIMe.....
nie plak pengantin lelaki memakaikan seutas gelang tangan kepada pengantin perempuan
yang nie pengantin perempuan menyarungkan sebentuk cincin kepada pengantin lelaki
our sibbling
Posted by Afeeq at 2:20 PM 0 comments
Wednesday, August 20, 2008
20 auGust 2008 - dA neW nOUvO LC .....
Hari ini jg mengejutkan coz dgn x disangka telah keluar moto nouvo lc baru.......cntek gak la bentuk die .......bentuk die lebih kurang cm FZ .......yg besh nyer moto nie pakai liquid coolant n leh la jln jauh ........moto nie ber cc 135 same cm lc ...... harga die bleh thn ...
Posted by Afeeq at 10:10 AM 0 comments
Monday, August 18, 2008
18 auGust 2008 - MLs nk peGi keJe ...
bile nset bunyi je pepagi aku dah terpikir ala busan nyer nk pegi opis..hahahah..mls nyew...tp nk wat cne dah terpaksa.....ala thn je la ..smpi jew opis cm bese on9 ....hari nih mkn tgh hari x cukup courum cz hajar x mkn die pose..hahahah tuh la ganti lmbt ..ups terlepas plak...
Posted by Afeeq at 2:25 PM 0 comments
17 auGust 2008 - hari YG letih ...
hari nih aku rase letih sgt yelakn aku br blik dr penang n trus tlg kakak aku ....hhaaaaa...die punye letih smpi ari nih pon x ilang ....mlm plak aku nengok badminton final antara m'sia vs china......ttp china menang ...tp x pew sekurang2 nye msk gak la final hahahha......x pew next olimpik leh buat yg terbaik ..gogo chayuk ....
Posted by Afeeq at 2:20 PM 0 comments
16 auGust 2008 - Make over bilik pengantin ...
Lps bekfes aku trus tlg kakak aku wat die punye bilik pengantin ......hhaaaaaa letih glew smpi nk tercabut tgn nih .......tp hasil die mmg berbaloi ....
Posted by Afeeq at 2:10 PM 0 comments
15 auGust 2008 - puLang Ke KL .....
Posted by Afeeq at 2:00 PM 0 comments
Thursday, August 14, 2008
14 auGust 2008 - SitE sUrvey...
Posted by Afeeq at 7:52 PM 0 comments
13 auGust 2008 - bErtolAk ke sG. Petani , KedAh
Posted by Afeeq at 7:46 PM 0 comments
Tuesday, August 12, 2008
12 auGust 2008 - my bErDay ...hahahaahah
Posted by Afeeq at 3:51 PM 0 comments
Monday, August 11, 2008
11 auGust 2008 - Da seCond MoNth
Gelap cerah - gelap cerah , pejam celik - pejam celik aku dah masuk bulan kedua ...hhahahahahah x sbr nk abis li ..ye la baik duk kt poli dr praktikal ...cume kena la bersabar lagi 4 bulan hah ..lame nyer ..bakl kate owg penantian satu penyeksaan ...aku rase ungkapan tuh betol la .....pepagi lagi aku dah bekfes nasi lemak n sambal kerang emmmm cedap .....smlm aku cdgkn kt mak aku nk wat la kuih raye ..hahahh cm kelakar je kn ...tp x pew kate nk belajar ..aku nk wat coklat chip ...cm cedap kn...mintak2 la kuih aku menjadi amin ....
Posted by Afeeq at 11:19 AM 0 comments
10 auGust 2008 - weeKend...
Esok dah keje .... busan nyer .....cpt je kn masa berlalu dah sebulan aku praktikal kt Menara TM ....ok la tuh ...cume nk tunggu lagi 4 bulan ...hah letih ...hari nie cm bese aku basuh moto pepagi n touch up umh sket ..n ptg plak aku bungkus gula2 tuk kenduri ...letih gak la mane x nyer 300 kotak ....mlm aku tdo awl kul 10.00 smbil dgr mp3...
Posted by Afeeq at 11:12 AM 0 comments
09 auGust 2008 - peGi jeJln...
Semalam opening ceremony beijing besh glew x sangka sebuah negara asia dpt buat sebegini hebat dan mengagumkan.....mengalahkn negara-negara lain yg penah buat olimpik .... Ptg nie aku pegi kl tuk shopping last minit tuk my sista wedding ....letih tol la.... ye la kn aku igt kn x ramai owg sbb tgh bulan rupe nyew aku slah,owg ramai cm semut ...ye la nk beli tuk persiapan menyambut aidilfitri yg x lama lgi ...
Inilah kemeriahan Olimpik Beijing 2008 :
Posted by Afeeq at 10:58 AM 0 comments
Friday, August 8, 2008
08 auGust 2008 - oliMpik bEiJing
Hari nie spt biasa x wat pape just pegi keje n x sbr nk blik ......Malam nie akan berlangsungnya majlis pembukaan sukan olimpik yg kew XXIX ..hahahahh x igt nombor pew.......bak kate owg cina nombor 8 nie ong ..hahahah x tau la ......tuh yg olimpik kali nih kt China wat pada tarikh 08/08/2008 dah mase pembukaan nya pada pukul 08:08:08 wah dasat....
Yg lagi menarik tentang olimpik beijing nih plak ialah die punye maskot iaitu 'FUWA' ...... Fuwa merupakan nama kolektif untuk lima watak yang melambangkan lima unsur falsafah Cina serta lima warna logo Sukan Olimpik. Kelima-lima mereka ialah: Beibei, Jingjing, Huanhuan, Yingying dan Nini. Ketika menggabungkan lima nama itu, ayat "北京欢迎你 Běijīng huānyíng ni" dibentuk. Ayat ini bermaksud "Beijing menjemput anda". Dua daripada lima maskot itu, iaitu panda gergasi dan antelop Tibet merupakan spesies terancam . Comei kn dowg ..hahahah
Posted by Afeeq at 9:27 AM 0 comments
Thursday, August 7, 2008
07 auGust 2008 - Cakera Blu-ray da new techNoloGy
Hari ini seperti biase cume diberi tau kena wat site servey kt stesen kabel dasar laut kuala muda penang .....x sbr nk pgi coz nk tgk teknologi kt sane.....n x sbr nk jejln .......hahahah drpd duk jew kt opis nih .....aku n pian akan pegi 13 smpi 15 ogos dpn .....hahahha x sbr ...selain tuh nk cte gak pasal new technology of bluray disc...maybe in future cd yg biase x digunakan .....dan inilah penerang serba sedikit pasal bluray disc...
Cakera Blu-ray (bahasa Inggeris: Blu-ray Disc, BD) merupakan sebuah format baru cakera padat yang bakal menggantikan cakera DVD. Format Blu-ray telah dibangunkan oleh Persatuan Cakera Blu-ray (Blu-ray Disc Association, BDA), dengan keterlibatan lebih dari 170 syarikat utama elektronik pengguna dari seluruh dunia.
Satu cakera Blu-ray dapat memuatkan sejumlah 25 GB data pada satu lapisan atau 50 GB dwi lapisan berbanding 4.7 GB data untuk DVD. Seperti namanya Blu-ray (sinar biru) mendapat namanya dari teknologi baru membaca cakera laser, berbeza dari DVD menggunakan pancaran laser berwarna merah, Blu-Ray sebaliknya berwarna biru. Laser biru-ungu mempunyai panjang gelombang 405 nm, lebih pendek berbanding DVD (650 nm) dan CD (780 nm). Ia mula dijual pada Jun 2006.
Blu-ray dicipta sejajar dengan pengenalan HDTV (Televisyen definisi tinggi), yang berkeupayaan memancarkan mutu siaran lebih jelas serta interaktif. Dengan pengenalan Blu-ray, rakaman serta penyimpanan jumlah data yang besar yang menyamai kualiti HDTV dapat dilaksanakan. Blu-ray juga digunakan dalam PlayStation 3 Sony.
Blu-ray memenangi perang format cakera optik definisi tinggi, menewaskan format HD-DVD. Toshiba, salah satu pemaju utama format pesaing itu, secara rasminya mengesahkan urusan mereka pada HD-DVD ditamatkan pada 19 Februari 2008.
Asal-usul
Sony memulakan dua projek yang menggunakan diod-diod baru itu: UDO (Ultra Density Optical) dan DVR Blue (bersama Pioneer), satu format cakera boleh tulis semula yang kemudian menjadi Cakera Blu-ray (khususnya, BD-RE).Teknologi-teknologi teras format-format ini serupa pada asasnya.
Prototaip-prototaip DVR Blue yang pertama didedahkan di pameran CEATEC pada bulan Oktober 2000.[5] Oleh sebab piawaian Cakera Blu-ray meletakkan lapisan rakaman data agak rapat pada permukaan cakera, cakera-cakera awal amat terdedah pada pengotoran dan calar dan terpaksa dilitupkan dalam kartrij plastik untuk perlindungan. Pada Februari 2002, projek itu dirasmikan sebagai Blu-ray, dan Persatuan Cakera Blu-ray diasaskan oleh sembilan ahli awal.
Peranti pengguna pertama berada di kedai pada 10 April 2003. Peranti ini merupakan Sony BDZ-S77; perakam BD-RE yang hanya didapati di Jepun. Harga yang dicadangkan ialah AS$3800;namun belum ada lagi piawaian untuk video prarakam dan tiadanya filem yang dikeluarkan untuk pemain ini. Piawaian Cakera Blu-ray masih bertahun-tahun ke hadapan, kerana sistem DRM yang baru dan terjamin diperlukan sebelum dapat diterima studio-studio Hollywood tanpa hendak mengulangi kegagalan Content Scramble System untuk DVD.
Posted by Afeeq at 11:16 AM 0 comments
Wednesday, August 6, 2008
06 auGust 2008 - 'kuntum teratai tiga inci'
PERUBAHAN zaman membawa definisi baru kepada tradisi membengkung kaki di China. Satu ketika dulu, adat membengkung kaki adalah terjemahan kepada kewanitaan dan keayuan. Tanpa kaki kecil bersaiz tiga inci itu, tiada lelaki akan masuk meminang.
Bagaimanapun, hari ini ia disifatkan sebagai penyeksaan dan kezaliman yang tidak terhingga kepada wanita. Walaupun diharamkan sejak 1912, masih ada keluarga yang melakukannya secara rahsia. Hinggalah apabila komunisme menerajui pentadbiran negara itu, Dr Sun Yat Sen berjaya memansuhkan tradisi itu sepenuhnya pada 1930.
Hari ini, wanita berkaki kecil bersaiz tiga inci atau popular dirujuk sebagai 'kuntum teratai tiga inci' masih boleh ditemui hampir di seluruh pelusuk China. Tahun lalu, kajian media tempatan mendapati masih ada 100 wanita berkaki kecil tinggal di Luiyicun, kampung kecil di selatan Wilayah Yunnan. Bulan lalu, wakil media asing menemui enam lagi wanita berkaki kecil di Kampung Tuanshan, di barat daya Wilayah Yunnan. Semua mereka berusia 70 tahun ke atas.
Walaupun hari ini kaki kecil yang berbengkung dilihat sebagai tinggalan peradaban dan kebudayaan masyarakat China, tetapi bagi wanita yang berkaki kecil, jika boleh mereka tidak mahu melakukannya.
Membengkung kaki bermula pada usia muda. Sebaik saja kanak-kanak perempuan mencecah usia lima atau enam tahun, ibu atau nenek sudah mula membengkung kaki mereka.
Bayangkan kesakitan yang ditanggung gadis kecil apabila jari-jari kaki dipatahkan dan dilipat ke bawah tapak kaki. Selepas itu ia dibalut dengan kain sepanjang 10 inci.
Kain pembalut yang panjang menyebabkan anak-anak kecil ini sukar membasuh kaki. Kerana kesukaran itu, mereka hanya membasuh kaki sekali dalam dua minggu menyebabkan baunya sangat busuk. Malah bau busuk juga terjadi kerana tiada darah yang dapat mengalir ke kawasan itu. Ia menyebabkan kematian tisu dan tulang (necrosis). Apatah lagi kaki yang dibengkung perlu diketatkan dari semasa ke semasa.
Walaupun menyakitkan dan busuk, apabila dilakukan secara kerap ia tidak lagi menjadi persoalan. Apatah lagi tulang kanak-kanak masih lembut dan mudah dimanipulasi. Malah ia sudah menjadi kebiasaan hinggakan kaki yang dilipat bertahun-tahun akan menjadi sangat sakit jika cuba dibentuk semula seperti asal.
Ada juga keluarga yang bertindak ekstrem dalam mendapatkan bentuk yang kecil dan cantik. Mereka memasukkan pecahan porselin dalam balutan kaki untuk menyiat daging. Tindakan ini bagaimanapun ada kalanya menyebabkan kaki menjadi luka, bernanah dan akhirnya terpaksa dipotong.
Kaki kecil dianggap simbol erotik, seksualiti
Permulaan tradisi membengkung kaki sebenarnya penuh kontroversi dan ada pelbagai versi mengenai asal usulnya. Antara versi popular adalah tradisi ini dikatakan bermula ketika Dinasti Sung. Seorang maharaja dinasti itu dikatakan jatuh cinta dengan gundik berkaki kecil.
Gundik itu membalut kaki kecilnya dengan sutera cina. Apabila dia menari, pergerakan tarian yang lemah gemalai dan terhad kerana ketidakseimbangan antara tubuh dan saiz kakinya. Namun, pergerakan itu disifatkan maharaja sebagai 'lemah gemalai'. Sejak itu, semua wanita sempurna diwajibkan membengkung kaki.
Satu lagi versi mengatakan ia bermula apabila seorang anak gadis maharaja Dinasti Sung lahir dengan kecacatan pada kakinya. Kecacatan itu ditutup dengan membalutnya dengan sutera. Justeru bagi mengelak malu, si maharaja mengisytiharkan hanya wanita berkaki kecil bersaiz tiga inci paling ideal untuk diperisterikan.
Zaman feudalisme di China juga menyaksikan kedudukan wanita yang sangat rendah berbanding lelaki. Wanita dilihat sebagai pelengkap kehidupan lelaki. Wanita tidak dibenarkan keluar rumah, patuh pada bapa dan abangnya, suami, selepas berkahwin dan anak lelaki jika dia janda. Malah, ketika itu masyarakat berpendapat tidak bijak memberi pendidikan pada wanita.
Justeru, tradisi membengkung kaki dilihat sebagai cara untuk mengawal wanita dan mengawal moralnya.
Tradisi itu kekal dalam budaya masyarakat China hingga abad 20. Pemimpin Manchu dari Dinasti Qing, bagaimanapun tidak mengekalkan budaya ini tetapi tidak berjaya juga untuk menghentikannya. Ketidakupayaan itu sekali lagi dikaitkan dengan simbol kaki kecil tiga inci itu sendiri - erotik dan seksualiti.
Pada akhir 1800, pengaruh barat dan kemodenan menyedarkan masyarakat mengenai kezaliman tradisi membengkung kaki. Golongan feminisme antara mereka yang kuat menentang amalan ini. Antara penggerak penentangan ini adalah Dr Sun Yat Sen yang akhirnya menyaksikan tradisi membengkung kaki diharamkan sepenuhnya di China.
INFO: Bengkung kaki
*Amalan membengkung kaki dipercayai bermula pada zaman Dinasti Sung
*Ia dilakukan sebaik saja kanak-kanak perempuan mencecah usia lima atau enam tahun
Kaki akan direndam dalam rebusan suam campuran herba dan darah haiwan Jari kaki akan dipatahkan kecuali ibu jari dan dilipat ke bawah tapak kaki
*Ia dibalut dengan kain sutera atau kapas yang basah berukuran kira-kira tiga meter dan lima sentimeter lebar
*Ritual itu akan diulang setiap dua hari dengan kain pembalut yang baru
*Selepas dilakukan berulangulang, kanakkanak ini tidak lagi berasa sakit dan kaki hanya akan dicuci setiap dua minggu.
*Kaki yang dibengkung mesti mencapai ukuran enam sentimeter bagi golongan aristokrat dan 12.7 sentimeter untuk masyarakat bawahan.
*Amalan penindasan ini diharamkan sepenuhnya pada 1930 selepas komunisme menerajui China.
Posted by Afeeq at 10:29 AM 0 comments
Tuesday, August 5, 2008
05 auGust 2008 –dA nEw aPpLe iPhone 3G
Inilah enset yg paling diminati ......harga x tau sbb kt negara kte ni terhad bilangannya.....lain la kalau kt usa tuh ...sampai owg beratur panjang coz nk beli enset nih mase enset nie bru first day dijual ....outlet apple kt malaysia nie x de jual enset nie.....yg die jual hanye laptop n desktop....mintak2 ade byk terjual...
Posted by Afeeq at 2:41 PM 0 comments
Monday, August 4, 2008
03 auGust 2008 – hanTar kaD kAhwIn ….
Tgh hari nie aku pg giant tmn kakak aku beli brg ……otw nk blik umah kakak aku singgah kt umah member die tuk hantar kad ……letih gak la coz jd assistant kn …….tlg cri umah ….wah sungguh letih ari nih …..haaaaa……
Posted by Afeeq at 9:41 AM 0 comments
02 auGust 2008 - wAt hanTaran …..
hari nie aku wat hantaran kakaka aku …..aku tlg jew…smpi kul 2 pagi…..ngantuk glew…..ye la tgh hari x tdo……
Posted by Afeeq at 9:40 AM 0 comments
01 auGust 2008 –dA nEw moNth ……
rase happy gak ari nih coz dah msk bulan baru ….ye la nk dekat ngan my berday ….hahahahah….ari nih aku pass kn pian n hajar kad jemputan kahwin kakak aku …..dalam x sedar ade sowg encik yg baik ati telah send satu info tentang submarine….time kacih sgt ….
Posted by Afeeq at 9:39 AM 0 comments
31 Julai 2008 – SteSen seTelit buMi cYberjaYa
smpi je opis hajar bg tau yg die nk pg cyberjaya…..aku nk ikut …….aku pon trus pg pujuk encik yg incharhge ktowg …die bg green light ….trus ktowg grk pg cyberjaya….encik tuh kate hari nih kena wat jointing coaxial cable…..aku ok jew….rase genbira coz dpt belajar benda baru …….sampi je kt c2…aku terpegun jgk ye la first time dpt pg tempat cntu…ye la bkn sume owg dpt pegi tmpt cn2……lps melawat dalam bangunan aku dibawa melawat pula ke atas bukit yg berada dibelakang bangunana itu ….atas bukit itu terdapat banyak antenna …..aku berasa sungguh kagum….wahhhhhhhh…. lps melawat encik 2 ajar ktowg wat jointing coaxial cable…..senang je la x la susah sgt …..mlm plak aku tlg kakak aku lekat kn setem kt kad jemputan kahwin ……sok nk pos…..
Posted by Afeeq at 9:36 AM 0 comments
30 juLai 2008 – sIaPkn buku RepoRt haRian …..
hari nie aku dah x tau nk wat pew aku siap kn buku report harian smpi ari jumaat nih ….wah dasat …….aku tulis jew ape yg encik semlm terang kn serba sedikit …..ye la dah x tau nk wat pew…..tulis je la…ye ha dah siap report utk seminggu nih ….hahahah gumbira hati bete..hahahahah
Posted by Afeeq at 9:35 AM 0 comments
29 juLai – Dapat keje…….???
Hari entah mcm mane entah…dpt plak keje…..ade sowg encik kt situ bg aku n pian keje…..nk tau aper keje tuh …..masukan cd kt dlm casing die …….cd tuh sume yg berkaitan dgn submarine ….buat je la kn …dah owg suwuh……lps dah bubuh owg tuh suwuh study pasal cd tuh …ktowg propa je la konon nyer bace…….padahal mls….smpi je tgh hari de plak jamuan farewell utk sowg staff kt situ dpt trasfer ke terengganu ….mkn nasi beriani lauk kambing n ayam berempah ….sedap sgt ye la mkn free..hihihihi……….
Posted by Afeeq at 9:17 AM 0 comments
28 juLai 2008 – ThiRd week
hari ni seperti biase ….x de ape yg berubah ……..hari nie ktowg dapat pas sendiri….memang hippy coz senang nk kuar masuk opis tuh ….ye la zaman dah maju dunia dah berubah ….cangih sgt smpi nk pg toilet pon kene pakai pas …..tetapi skunk ktowg dah ade ……hahahahah…….
Posted by Afeeq at 9:16 AM 0 comments