Thursday, August 7, 2008

07 auGust 2008 - Cakera Blu-ray da new techNoloGy

Hari ini seperti biase cume diberi tau kena wat site servey kt stesen kabel dasar laut kuala muda penang .....x sbr nk pgi coz nk tgk teknologi kt sane.....n x sbr nk jejln .......hahahah drpd duk jew kt opis nih .....aku n pian akan pegi 13 smpi 15 ogos dpn .....hahahha x sbr ...selain tuh nk cte gak pasal new technology of bluray disc...maybe in future cd yg biase x digunakan .....dan inilah penerang serba sedikit pasal bluray disc...




Cakera Blu-ray (bahasa Inggeris: Blu-ray Disc, BD) merupakan sebuah format baru cakera padat yang bakal menggantikan cakera DVD. Format Blu-ray telah dibangunkan oleh Persatuan Cakera Blu-ray (Blu-ray Disc Association, BDA), dengan keterlibatan lebih dari 170 syarikat utama elektronik pengguna dari seluruh dunia.

Satu cakera Blu-ray dapat memuatkan sejumlah 25 GB data pada satu lapisan atau 50 GB dwi lapisan berbanding 4.7 GB data untuk DVD. Seperti namanya Blu-ray (sinar biru) mendapat namanya dari teknologi baru membaca cakera laser, berbeza dari DVD menggunakan pancaran laser berwarna merah, Blu-Ray sebaliknya berwarna biru. Laser biru-ungu mempunyai panjang gelombang 405 nm, lebih pendek berbanding DVD (650 nm) dan CD (780 nm). Ia mula dijual pada Jun 2006.

Blu-ray dicipta sejajar dengan pengenalan HDTV (Televisyen definisi tinggi), yang berkeupayaan memancarkan mutu siaran lebih jelas serta interaktif. Dengan pengenalan Blu-ray, rakaman serta penyimpanan jumlah data yang besar yang menyamai kualiti HDTV dapat dilaksanakan. Blu-ray juga digunakan dalam PlayStation 3 Sony.

Blu-ray memenangi perang format cakera optik definisi tinggi, menewaskan format HD-DVD. Toshiba, salah satu pemaju utama format pesaing itu, secara rasminya mengesahkan urusan mereka pada HD-DVD ditamatkan pada 19 Februari 2008.

Asal-usul

Sony memulakan dua projek yang menggunakan diod-diod baru itu: UDO (Ultra Density Optical) dan DVR Blue (bersama Pioneer), satu format cakera boleh tulis semula yang kemudian menjadi Cakera Blu-ray (khususnya, BD-RE).Teknologi-teknologi teras format-format ini serupa pada asasnya.

Prototaip-prototaip DVR Blue yang pertama didedahkan di pameran CEATEC pada bulan Oktober 2000.[5] Oleh sebab piawaian Cakera Blu-ray meletakkan lapisan rakaman data agak rapat pada permukaan cakera, cakera-cakera awal amat terdedah pada pengotoran dan calar dan terpaksa dilitupkan dalam kartrij plastik untuk perlindungan. Pada Februari 2002, projek itu dirasmikan sebagai Blu-ray, dan Persatuan Cakera Blu-ray diasaskan oleh sembilan ahli awal.

Peranti pengguna pertama berada di kedai pada 10 April 2003. Peranti ini merupakan Sony BDZ-S77; perakam BD-RE yang hanya didapati di Jepun. Harga yang dicadangkan ialah AS$3800;namun belum ada lagi piawaian untuk video prarakam dan tiadanya filem yang dikeluarkan untuk pemain ini. Piawaian Cakera Blu-ray masih bertahun-tahun ke hadapan, kerana sistem DRM yang baru dan terjamin diperlukan sebelum dapat diterima studio-studio Hollywood tanpa hendak mengulangi kegagalan Content Scramble System untuk DVD.

0 comments: